sunset @ tanjung aru

5 Aug

 

 

Sambungan daripada entri saya yang sebelum ini, masih di Tanjung Aru, KK. Al-kisahnya sebab nak menunggu flight ke KL pada jam 8.00 malam, maka sempat lagi tunggu matahari Tanjung Aru “turun ke laut”.

Tapi tak dapat lawan cantiknya matahari senja di Tioman Island. Memukau, you.

tanjung aru, kota kinabalu

3 Aug

 

SEPETANG DI TANJUNG ARU

 

Last week saya berkunjung ke Kota Kinabalu dan waktu nak balik ke KL, sempat singgah di pantai Tanjung Aru.  Agak mahal harga makan kat situ. Murah lagi di kawasan lain. Tapi oleh kerana tempat tu yang paling dekat dengan airport, maka saya just lepak kat situ.

 

MENTARI SEMAKIN KABUR..

 

 

 

Melepak di tepi pantai sementara nak tunggu waktu untuk daftar masuk di airport.

danga bay yang sepi

29 Jul

FOTO 1

 

Waktu saya menerjah ke selatan semenanjung baru-baru ni, sempat la juga menerjah ke Danga Bay yang cantik tu. Namun nampak macam tak berapa happening dah, berbanding dengan beberapa tahun dulu. Yang happening cuma tempat budak-budak main.

 

FOTO 2

 

Walaupun agak sepi, tempat ni memang masih cantik. Tapi banyak couple yang duduk di pangkin-pangkin kayu, untuk melepaskan rindu kot.. :)

 

FOTO 3

 

Nak dijadikan cerita, kamera digital kokak saya berakhir nafasnya di JB. Bukan sebab terjatuh dalam air di Danga Bay tapi mungkin rezeki saya dengan “dia” hanya setakat itu..   :(

dna mixer

7 Jun

 

No where else nak jenjalan, since abahnya susah nak dapat cuti. So, last weekend just bawa anak2 dara kat Times Square. Ni bukan kali pertama dan juga bukan kali kedua. Banding dengan harga tiket nak masuk ke Theme Park, Genting Highland, saya prefer Genting. Lagi banyak choice.

No where else to go. Layan je la.

cik siti wan kembang, again & again

20 May

Pastinya saya memang tak boleh nak “berpisah” terus dengan negeri cik siti wan kembang. Ada yang sentiasa menggamit perasaan saya untuk terus ke sana. Justeru, bila bos suruh saya bersukaria mencari maklumat tambahan sambil bekerja kat sana, saya tak tolak.

Sepanjang perjalanan ke sana, saya teringat beberapa orang sahabat baik yang bermastautin kat sana. Saya mula rancang nak jumpa dia orang, walaupun tau masa agak terhad untuk “melepak-lepak” semula dengan dia orang, macam dulu-dulu. Sayangnya ada beberapa sahabat yang tak sempat saya berjumpa.

Menginap di hotel Habib, milik Habib Jewels yang baru 7 bulan beroperasi di tengah bandar Cik Siti Wan Kembang. Kemudahan di hotel amat baik (bukan sebab ada tv skrin leper yang besar..) tapi senyuman dikalangan staf-staf hotel agak kurang. Susah juga nak tengok dia orang senyum. Lokasi hotel, berdepan dengan mahkamah. Keluar je dari main entrance, ada sebuah gerai makan yang beroperasi 24 jam sehari. Kami pekena laksam kat gerai ni, puas hati.

1st night di sana, kami dinner kat restoran Kahfi, dekat dengan bulatan Wakaf Bharu. Dengar kata tempat makan ni famous. 2nd night, ada orang belanja makan sate Malaysia. Saya sempat merasa sate rusa, sedap weh. Yang berbeza, hidangan sate kat situ ada roti. Kuah sate memang sedap bangat…

Lepas makan sate, kami terus ke pasar Wakaf Che Yeh. To me, suasana kat situ dah tak happening macam dulu-dulu sebab dah banyak development, dah tak ori. Apa pun, puas hati sebab dapat kain batik pasang free…dengan peberet color lagi tu… :D

Kali ni memang langkah kanan ke New Castle. Malam seterusnya, ada lagi kawan belanja makan nasi kukus Jalan PCB dan terus ke tepi pantai untuk menikmati nasi kukus dan fried seafood. Sedapnya jangan cerita la. Minum pula air nyiur yang ori…memang best sangat. Nostalgia lama mengusik jiwa.

Memang best trip kali ni, tambah pula bukan pergi sendirian. Thanks pada putrylady yang bersusah-payah “berperang” dengan putera-puteranya untuk buat kek untuk saya. Thanks juga pada sahabat lama yang sudi mengorbankan masa untuk melayan kami selama 4 hari kat sana.

my visit to legend college, mantin

18 May

Recently saya berkesempatan menerjah ke Mantin, actually menerjah ke Kolej Legenda Mantin, Negeri Sembilan. Perjalanan dari KL tak lama sangat, tak sampai sejam setengah dah sampai. Cuma saya tak familiar dengan kawasan Mantin.

Actually saya singgah di satu fashion workshop dan membuat pemantauan tentangnya.

Foto atas adalah hasil kerja pelajar-pelajar seni di Kolej Legenda, Mantin. Menarik.

think twice, men

4 May

 

After 25 years of marriage, I took a look at my wife one day and said: “Honey, 25 years ago, we had a cheap apartment, a cheap car, slept on a sofa bed and watched a 10-inch black-and-white TV, but I got to sleep every night with a hot 25-year-old blonde. Now, we have a nice house, a nice car, a big bed and a big-screen plasma TV, but I’m sleeping with a 50-year-old woman. It seems to me that you’re not holding up your side of things.”

 But my wife is a very reasonable woman. She told me to go out and find a hot 25-year-old blonde, and she’d make sure that I would once again be living in a cheap apartment, driving a cheap car and sleeping on a sofa bed.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.